Make your own free website on Tripod.com

Assalamualaikum ... salam sejahtera buat semua

Laman web DUNIA REVELL ini mula dibangunkan dari bulan Julai 2001 dengan mengambil kira keperluan semasa serta fungsi yang akan dimainkan oleh laman web ini. Ia juga mengambil kira jumlah laman web berkaitan dengan REVELL yang ada yang kebanyakannya adalah berbentuk komunikasi sehala sahaja. Walaupun kami tiada  mempunyai pengetahuan formal  dalam bidang komputer apatah lagi dalam bidang pembinaan laman web, kami tetap berusaha kerana kami percaya pengetahuan boleh dicari dimana-mana jika kita berusaha.

Pada bulan Oktober 2001, laman web DUNIA REVELL mula dipromosikan dihalaman˛ pengiklanan internet di Malaysia dan juga di Indonesia. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan sehingga kini purata kami menerima hit dalam sehari lebih kurang 30 pelawat dan ia meningkat dari hari ke hari.

Kami juga ada mempromosikan pendaftaran menjadi ahli REVELL secara online. Apabila kami mendapat borang permohonan, kami akan mengatur perjumpaan dengan pemohon untuk penerangan lebih lanjut baik secara perseorangan maupun dalam berkumpulan.

Kami percaya jika kita berusaha bersungguh-sungguh serta minat yang mendalam, kejayaan akan tercapai tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar. Begitu juga dengan laman web ini. Kami tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar selain dari terus menimba pengetahuan dari majalah˛ serta idea dari laman web lain yang kami telah lawati dan dipraktikkan mana yang sesuai tanpa meniru 100% idea laman web lain.

Sesungguhnya kami berharap dengan lawatan anda ini akan menambahkan pengetahuan anda tentang REVELL. Jika anda ingin MEMBELI PRODUK

Salam ikhlas dari kami.

Rafida & Aziz

 

Penerangan serba ringkas mengenai diri kami:

NAMA    :    RAFIDA RAHINNA KAHAR / ABDUL AZIZ WAHAB

 

NO AHLI :    MY KUL 627987

 

STOKIS  :    PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR

 

JAWATAN :    SENIOR GROUP MANAGER BRONZE

 

E-MAIL  :    duniarevell@email.com

 

 

* * * * *

En. Abdul Aziz Wahab (berkot) sedang menerangkan khasiat & faedah produk Kopimin kepada para pengunjung sempena pelancarannya oleh TPM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini PM) pada 26 Julai 2002 di Karnival Minggu Pengguna 2002 bertempat di PWTC Kuala Lumpur.

* * * * *

 

 

* * * * *

Puan Rafida Rahinna (kanan) bersama Senior Group Director Double Diamond En. Musa Ramli & Puan Abibah Isa mengabadikan kenangan di gerai Revell Sdn Bhd bersama Ketua Setiausaha KPDN&HEP di hari pelancaran produk Kopimin yang diadakan bersempena dengan Karnival Minggu Pengguna 2002 bertempat di PWTC Kuala Lumpur pada 26 Julai 2002.

 

TERIMA KASIH ] LESEN ] GALERI ] [ NDT 21 OGOS 2004 ]