JUALAN
LANGSUNG
Jualan langsung adalah
satu kaedah pemasaran yang menawarkan peluang untuk membeli barangan atau
perkhidmatan melalui rangkaian ahli-ahli dan pengedar-pengedar syarikat berkenaan.
Mengikut takrif Akta
Jualan Langsung 1993 (Akta 500), jualan langsung ialah jualan barangan dan
perkhidmatan yang dibuat secara pintu ke pintu dan pesanan mel/pos. Dalam
konteks ini, sebarang perniagaan yang dijalankan secara pintu ke pintu dan
pesanan pos dikira menjalankan aktiviti jualan langsung yang tertakluk di bawah
Akta Jualan Langsung 1993.
Walau bagaimanapun, hanya
syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang dibenarkan
menjalankan aktiviti sedemikian dengan lesen yang sah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP).
Orang perseorangan tidak dibenarkan menjalankan perniagaan jualan langsung
kecuali bagi jualan barangan atau perkhidmatan yang bernilai tidak lebih dan RM
50.00 setiap jualan.
Perniagaan
jualan langsung telah menjadi semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.
Jumlah nilai jualan industri ini telah meningkat dan tahun ke tahun. Sebagai
contoh, pada tahun 1998, nilai jualan industri ini mencecah hampir RM 4 billion
dengan melibatkan lebih 2 juta orang.
lndustri
jualan langsung mula bertapak di Malaysia dalam tahun 1970-an dengan
penglibatan syarikat-syarikat asing dan
Amerika dan Taiwan yang bergiat cergas dalam perniagaan jenis ini. Sejak itu,
aktiviti jualan langsung telah berkembang selaras dengan perubahan dalam gaya
hidup masyarakat kini yang menitikberatkan cara membeli-belah, pemilihan
barangan dan layanan jurujual.
Aktiviti jualan langsung
adalah dinamik. Barangan dan perkhidmatan yang boleh didagangkan melalui jualan
langsung adalah tidak terhad selagi ianya sah disisi undang-undang. lni
termasuklah barangan keperluan rumah, penjagaan diri, kosmetik dan perkhidmatan
seperti kad diskaun, rebet dan kad keahlian serta penjualan hartanah seperti lot
bangalow dan rumah.
Di samping itu,
perkhidmatan berkaitan multimedia dan teknologi maklumat juga dipasarkan melalui
jualan langsung. Secara umumnya, terdapat tiga bentuk pelan pemasaran dalam
jualan langsung di Malaysia iaitu berbilang tingkat (multi level), satu tingkat
(single level) dan pesanan pos (mail order). Jenis pelan pemasaran jualan
langsung yang paling popular adalah berbilang tingkat.
Industri
jualan langsung kini dilihat semakin berkembang dan popular sebagai satu kaedah
pemasaran alternatif kepada jualan tradisional seperti borong dan runcit.
Bagaimanapun, kebaikan aktiviti jualan langsung ini telah dicemari dan diambil
kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab dengan berselindung dan menyamar sebagai syarikat jualan langsung.
Mereka ini telah
memperkenalkan aktiviti jualan langsung yang tidak beretika seperti skim cepat
kaya dan skim piramid yang bertujuan untuk memperdaya dan menipu pengguna.
Berikutan dengan itu,
kerajaan dan pihak industri memikirkan bahawa satu undang-undang perlu ada untuk
mengawalselia aktiviti jualan langsung supaya ianya diamalkan dengan teratur dan sihat.
Maka, Akta Jualan
Langsung 1993 (AJL 1993) telah diwujudkan dan mula dikuatkuasakan pada bulan Jun
1993 dengan tiga objektif iaitu untuk mengawalselia aktiviti perniagaan jualan
langsung supaya ia wujud dalam suasana teratur, sihat dan beretika; membenikan
perlindungan pengguna; serta menghapuskan skim piramid.
Dengan
wujudnya AJL 1993 ini, pengguna tidak perlu bimbang dengan kes-kes negatif yang
dikaitkan dengan industri jualan langsung seperti skim cepat kaya, skim piramid,
penipuan oleh pengedar/penjual, harga barangan dan perkhidmatan yang terlalu
mahal dan jualan secara paksaan. Namun, seseorang pengguna harus tahu
menggunakan peruntukan di bawah AJL 1993
yang memberikan perlindungan kepada pengguna apabila terlibat dalam perniagaan
jualan langsung
KONTRAK
JUALAN LANGSUNG
Semua kontrak jualan
langsung antara penjual dan pembeli yang bernilai RM300 dan lebih mesti dibuat
secara bertulis, ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan mempunyai kenyataan
bahawa kontrak tersebut tertakluk kepada tempoh bertenang (cooling-off period)
selama 10 hari bekerja.
Seseorang pengguna atau
pembeli yang diberi kontrak tempoh bertenang tersebut mempunyai hak untuk
bertenang selama 10 hari bekerja bermula dan tarikh kontrak itu dibuat. Dalam
kontrak ni sebarang transaksi seperti serahan atau penerimaan barangan atau
perkhidmatan dan pembayaran atau penerimaan wang deposit sebelum tempoh
bertenang luput adalah tidak sah.
Di
samping itu, semasa masih dalam tempoh bertenang, pembeli mempunyai hak untuk
menarik diri daripada kontrak dan meminta penjual membuat serahan barangan atau
perkhidmatan dalam masa tidak lebih 72 jam atau tiga hari dan tanikh kontrak
dengan menghantar suatu notis bertulis kepada penjual
WAKTU
BERTANDANG
Seseorang
wakil syanikat jualan langsung atau lebih dikenali sebagai jurujual hanya
dibenarkan bertandang pada hari-hari dan masa tertentu iaitu dan pukul 9 pagi
hingga 7 malam hari bekerja.
Mereka
tidak dibenarkan bertandang ke rumah pengguna bagi tujuan menjual pada hari cuti
am dan hari-hari cuti hujung minggu mengikut negeri. Walau bagaimanapun, mereka
dibenarkan bertandang pada bila-bila masa sekiranya dengan persetujuan atau
temujanji dengan tuan rumah atau premis terlebih dahulu.
KAD
KEBENARAN
Selain
kontrak tempoh bertenang dan waktu bertandang, satu lagi perkara yang dinyatakan
dalam AJL 1993 yang boleh melindungi pengguna ialah kad kebenanan. Kad tersebut
dikeluarkan oleh syarikat jualan langsung kepada semua penjual.
la
mencatatkan nama dan alamat pemegang kad; nama, alamat dan nombor telefon
syarikat yang mengeluarkan kad tersebut; tandatangan wakil syarikat yang diberi
kuasa mengeluarkan kad; nombor lesen jualan langsung yang sah dan gambar
pemegang kad.
Adalah
menjadi kesalahan sekiranya seseorang jurujual gagal untuk menunjukkan kad
kebenaran apabila bertandang di rumah bagi maksud menjual barangan atau perkhidmatan.
SAMPEL
PRODUK
Seseorang pengguna yang
membeli barangan melalui pesanan pos mempunyai hak untuk membuat pemeriksaan ke
atas barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat jualan langsung
bagi memastikan barangan atau perkhidmatan tersebut adalah sama dengan yang diiklankan.
Sesebuah syarikat jualan
langsung yang menjalankan pemasaran secara pesanan pos mesti menyediakan sampel
barangan atau perkhidmatan di premis penniagaan untuk diperiksa oleh pengguna
yang berminat. Waktu dan tempat untuk pemeriksaan itu boleh ditetapkan oleh syarikat.
Ramai
orang mengaitkan industri jualan langsung sebagai suatu industri yang tidak
beretika dan menimbulkan banyak isu negatif. Persepsi ini mungkin sedikit
sebanyak telah menjejaskan imej industri jualan langsung itu sendiri.
Walau bagaimanapun, persepsi tersebut nampaknya tidak tepat sekiranya kita membuat
ukuran bahawa aktiviti perniagaan jualan langsung ini tertakluk kepada
undang-undang tertentu yang dapat melindungi pengguna daripada penipuan dalam
urusan jual beli dan amalan perniagaan yang tidak beretika
KESIMPULAN
Pengguna sendiri harus
melengkapkan diri mereka sendiri dengan tingkat pengetahuan ilmu kepenggunaan
yang secukupnya serta bijak menggunakan hak-hak mereka sebagai pengguna.
Kesimpulannya, Akta
Jualan Langsung 1993 telah dikuatkuasakan untuk melindungi hak pengguna, namun
Akta tersebut tidak dapat dikuatkuasakan secara berkesan tanpa kerjasama
daripada pengguna itu sendiri. Pengguna mempunyai pilihan.
Tidak dinafikan bahawa
terdapat pelbagai isu-isu negatif yang wujud dalam industri jualan langsung,
tetapi
Pengguna perlu mengetahui
bagaimana menggunakan hak mereka dan memberi kerjasama yang baik kepada Kerajaan
dalam mewujudkan industri jualan langsung yang sihat dan beretika.

PANDUAN
MENANGANI JUALAN DARI RUMAH KE RUMAH
Elak
diri dan terperangkap dalam aktiviti perniagaan yang tidak jujur, kurang sopan
dan tidak beretika terutama jualan dan rumah ke rumah. Ikuti panduan berikut :
-